Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor

PROGRAM AKW

Akademi ini merupakan sebuah program intensif anjuran Institut Wanita Berdaya Selangor (IWB) dibawah Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya Selangor (PWB) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) untuk memantapkan kemahiran dan bertindak sebagai ‘paip bakat’ (talent pipeline) untuk melahirkan lebih ramai pemimpin wanita dalam lapangan politik dan kerja sosial.

 

OBJEKTIF

Peserta AKW dilatih berani, mahir dan cekap memimpin organisasi serta berpotensi dicalonkan memegang jawatan kepimpinan.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Matlamat akhir Akademi Kepimpinan Wanita Selangor ini adalah penyediaan barisan kepimpinan wanita di setiap peringkat bagi mencapai sasaran minima 30% penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan. Hasil pembelajaran pelajar akan melengkapkan diri dengan nilai kepimpinan dan kemahiran-kemahiran berikut:

  • Kemahiran Organisasi
  • Kefahaman Gender
  • Kepimpinan Politik
  • Kemahiran Insaniah

PERLAKSANAAN PROGRAM

Program ini dilaksanakan menggunakan kaedah modular iaitu pembelajaran dibuat melalui 4 modul utama merangkumi 12 subjek gabungan kuliah fizikal, pembelajaran atas talian dan kerja lapangan bertempoh 18 bulan. Setiap modul ditawarkan pada setiap hari Rabu bertempat di Perpustakaan Awam Selangor seperti butiran berikut :

Jadual Butiran
Hari Rabu
Waktu 6.00 petang sehingga 9.00 malam
Format 1 Jam Kuliah

1 Jam 30 Minit Perbincangan Berfokus dalam Kumpulan Cohort masing-masing

STRUKTUR KURIKULUM

Akademi ini mengguna pakai pendekatan ‘mentoring’, di mana golongan wanita memerlukan ‘mentoring’  yang lebih tersusun dan komprehensif untuk lebih memahami realiti dan cabaran golongan wanita yang berbeza dengan golongan lelaki dalam dunia kepimpinan. Akademi ini juga merupakan gabungan kuliah fizikal, pembelajaran atas talian dan kerja lapangan bertempoh 18 bulan. Peserta akan dinilai dan disaring dengan ketat bagi memastikan mereka mempunyai kesungguhan dan komitmen yang tinggi.

Kemahiran Organisasi Kesaksamaan Gender Kepimpinan Politik Kemahiran Insaniah
Pengurusan Strategik Pendekatan Mesra Gender Sejarah & Teori Politik Kemahiran Pengucapan Awam
Pengurusan Kewangan Gender Mainstreaming Undang-Undang Wanita, Negara & Antarabangsa

 

Komunikasi Media
Pengurusan Modal Insan

 

Gender Responsive Budgetting

 

Sistem Pilihanraya & Strategi Kempen Komunikasi Berkesan

 

Urustadbir Baik

Anjuran

Institut Wanita Berdaya Selangor (IWB)

 

Dengan Kerjasama

Pusat Wanita Berdaya Selangor (PWB)

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

 

Penaung

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor

 

Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter, Youtube)

Akademi Kepimpinan Wanita

Scroll to Top