Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, di Dewan Rakyat semalam telah membentangkan Belanjawan Malaysia 2020 buat kali kedua di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.

Belanjawan kali ini bertemakan ‘Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’ bagi memandu Malaysia Baharu ke arah mencapai status negara maju.

Pada masa yang sama hasil pertumbuhan ekonomi dapat dikongsi dengan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kelas, etnik, dan lokasi geografi untuk mencipta sebuah masyarakat yang harmoni, progresif, dan makmur.

Wajar di beri perhatian pada Belanjawaan Malaysia 2020 kali ini terdapat 17 kali pengulangan perkataan wanita sekaligus menunjukkan perkembangan positif dan inklusif dalam kerajaan Pakatan Harapan bagi memastikan peranan dan sumbangan wanita untuk pembangunan Malaysia sejahtera. Seperti mana kajian terkini Bank Dunia merumuskan keterlibatan wanita dapat meningkatkan pendapatan per kapita negara sebanyak 26.2 peratus.

Oleh yang demikian, Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor menitikberatkan belanjawan peringkat persekutuan yang melibatkan wanita dan keluarga untuk manfaat bersama.

 

 

 

More To Explore

Scroll to Top