Belanjawan Selangor 2020

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor menyambut baik Ucapan Belanjawan Tahun 2020 yang telah dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, YB Tuan Amiruddion Ashari sebentar tadi. Selangor sekian lama berperanan sebagai “pivot of growth” negara ini sudah pastinya mahu bersama-sama Kerajaan Pusat membangunkan negara menjadi sebuah negara maju.

Berbekal dengan perancangan polisi dan pelaksanaannya yang berkesan, semoga Selangor mampu berperanan seumpama keretapi laju N700 Nozomi. Nozomi bermaksud “Harapan”, ianya laju merentasi jalur Tokaido Shinkansen yang menghubungkan Tokyo dengan Osaka. Nozomi juga adalah simbol bahawa tidak ada apa yang mustahil dicapai sekiranya kita tekun, berhikmah dan berusaha keras mencapai cita-cita tersebut. Kerajaan Negeri Selangor juga bercita-cita besar demi kemajuan dan kestabilan negeri.

Wajar di beri perhatian pada Belanjawaan Selangor 2020 kali ini menunjukkan perkembangan positif dan inklusif dalam kerajaan Pakatan Harapan bagi memastikan peranan dan sumbangan wanita untuk pembangunan Selangor yang inklusif dan sejahtera.

Oleh yang demikian, Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor menitikberatkan belanjawan Selangor 2020 yang melibatkan wanita dan keluarga untuk manfaat bersama.

More To Explore

Scroll to Top