Bengkel Latihan Jaringan Muafakat Wanita Berdaya (JMWB)

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Pada 19 Oktober 2019, Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor telah menganjurkan Bengkel Latihan Jaringan Muafakat Wanita Berdaya (JMWB) yang bertempat di Balairaya Taman Wawasan, Batang Kali, Selangor.

Bengkel tersebut yang dijalankan bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang telah dihadiri oleh 82 peserta seawal usia 14 tahun sehingga 64 tahun.

Melalui bengkel tersebut, para peserta dapat mempelajari mengenai 1) Kesihatan dan Hak-Hak Reproduksi Wanita, 2) Undang-undang Gangguan Seksual, Keganasan Rumah Tangga dan Perlindungan Kanak-Kanak serta Cara – Cara untuk Melaporkan, 3) Mengurus Kewangan Rumah Tangga, dan 4) Pengurusan Rumah Tangga, Rumahku, Syurgaku.

Program JMWB merupakan sesi latihan dan seminar yang dijalankan di beberapa kawasan terpilih sekitar negeri Selangor dengan matlamat untuk meningkatkan martabat dan memperkasakan kaum wanita khususnya di kawasan luar bandar melalui kesedaran sivik dan pendidikan yang spesifik membentuk jati diri wanita yang berilmu, berpengetahuan dan berkeyakinan. JMWB merangkumi 133 sesi latihan dan melibatkan 8 modul berbeza. Setiap sesi latihan akan melibatkan peserta dari komuniti setempat yang tergolong dalam kumpulan sasaran.

Bengkel latihan tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar, Ahli Dewan Negeri Batang Kali dan diiringi oleh Puan Tan Lai Zhen yang merupakan Ahli Majlis, Majlis Daerah Hulu Selangor.

More To Explore

Scroll to Top