Bengkel Latihan Jaringan Muafakat Wanita Berdaya Kalumpang Hulu Selangor

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email
Bengkel Latihan Jaringan Muafakat Wanita Berdaya
Kalumpang Hulu Selangor
24 November 2019
 
Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor telah menganjurkan Bengkel Latihan Jaringan Muafakat Wanita Berdaya (JMWB) di Balairaya Kampung Titiwangsa, Kalumpang, Hulu Selangor pada 24 November 2019. Bengkel tersebut telah dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Hindu Kalumpang (KAHWA) dan Ketua Komuniti India (KKI), Kalumpang.
 
JMWB merupakan sesi latihan dan seminar yang dijalankan di beberapa Kawasan terpilih di sekitar Negeri Selangor dan bertujuan untuk memberdayakan serta menaik taraf kehidupan wanita-wanita di kawasan luar bandar dalam aspek kesihatan, sosial dan ekonomi.
Antara modul-modul latihan yang dijalankan adalah:
1. Program kesedaran hak dan tanggungjawab demokrasi rakyat Malaysia
2. Program polis dan hak asasi anda
3. Pengurusan rumah tangga, rumahku syurgaku
4. Kebersihan diri
 
Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Amran Sakir, Penyelaras Pusat Peduli Rakyat, DUN Hulu Bernam. Program turut diserikan dengan kehadiran Encik Mohd Zaim bin Mohaimin selaku Penghulu Mukim Kalumpang dan Encik Abdul Mun’im bin Roslin, Ahli Majlis, Majlis Daerah Hulu Selangor.
 
Selain itu, para peserta program turut menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan asas dan kit kebersihan diri yang masing-masing disumbangkan oleh Ketua Komuniti India Kalumpang dan Myskills Foundation. Surat khabar tamil ‘Malaysia Nanban’ turut mengeluarkan artikel pada 30 November 2019 mengenai program JMWB yang dijalankan.

More To Explore

Scroll to Top