Bengkel Latihan Jaringan Wanita Berdaya (JWB) Negeri Selangor

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor telah menganjurkan bengkel latihan Jaringan Wanita Berdaya (JWB) Negeri Selangor pada 22 September 2020 (Selasa) bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Tengi.

Program ini mendapat kerjasama Pengurusan Felda, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Sungai Tengi serta Pusat Wanita Berdaya (PWB) Hulu Bernam.

Penyelaras Dun Hulu Bernam, Tuan Haji Amran Mohd Sakir hadir untuk memberi ucapan aluan. Di samping Ahli Majlis Hulu Bernam Puan Rohani dan Penyelia Pusat Wanita Berdaya Puan Fazlina bagi memeriahkan bengkel ini.

Lebih dari 50 peserta wanita dari Felda Sungai Tengi dan Felda Soeharto telah bersama-sama menghayati modul Undang-undang gangguan seksual, keganasan rumah tangga dan Perlindungan Kanak-kanak, Polis dan Hak asasi anda dan Hak dan Tanggungjawab Demokrasi Rakyat Malaysia.

Program Jaringan Wanita Berdaya (JWB) merupakan program rintis Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor yang mensasarkan Wanita Felda, Komuniti India dan Orang Asal Wanita bagi membantu meningkatkan martabat dan memperkasakan mereka khususnya di kawasan luar bandar negeri Selangor. Program ini dapat membantu untuk meningkatkan kesedaran sivik dan pendidikan yang spesifik bagi memecahkan kitaran kemiskinan keluarga dan membentuk mereka sebagai wanita-wanita yang lebih berilmu, berpengetahuan dan berkeyakinan.

Turut meluangkan masa Pengurus Felda Sungai Tengi, Tuan Sulaiman Sedek yang memberi ucapan penutup dan penyampaian cenderamata kepada peserta yang hadir.

More To Explore

Scroll to Top