Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Berani Bersuara : Bangkit Lawan Rogol

Setiap tahun kita akan meraikan ‘16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berasaskan Gender’ bermula hari ini sehingga 10 Disember 2019. 16 Hari Aktivisme ini diraikan untuk meningkatkan kesedaran kepada awam tentang isu keganasan dan diskriminasi yang saban hari berlaku terhadap golongan wanita.

Tahun ini Institut Wanita Berdaya Selangor melancarkan kempen Berani Bersuara : Bangkit Lawan Rogol, dengan tema yang selaras dengan tema global iaitu Generation Equality : Stand Against Rape!.Kami ingin memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memecahkan taboo dan berani untuk bersuara apabila berhadapan isu ini disekeliling anda. Ramai yang malu, takut dan tidak tahu bagaimana berhadapan isu ini dan mangsa pula tidak tahu bagaimana mendapatkan bantuan. Sistem sokongan dari segi budaya dan undang-undang pula masih perlu diperbaiki.

Bersama-sama kita akui bahawa isu ini sudah semakin serius dan perlu ditangani secara terbuka. Sekiranya kita tidak kedepan dan bersuara, isu ini tak akan pernah selesai dan akan semakin membarah dalam masyarakat. Jangan biarkan pelaku dan jangan mengecewakan mangsa yang mengharapkan bantuan kita. Hulurkan tangan, buktikan kita masyarakat prihatin.

#BeraniBersuara
#BangkitLawanRogol
#PilihRespek
#JanganDiam
#IWBSelangor

More To Explore

Scroll to Top