COVID 19 : KESAN PERINTAH PERGERAKAN KAWALAN TERHADAP MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

KESAN PERINTAH PERGERAKAN KAWALAN TERHADAP MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA

WABAK Coronavirus 19 (Covid-19) sudah memasuki gelombang kedua di Malaysia. Setakat 27 Mac 2020, 2,161 kes positif Covid-19 dilaporkan di Malaysia, meningkat sebanyak 978 kes jika dibandingkan 1,183 kes pada 21 Mac 2020. Sehingga 27 Mac 2020, 26 kematian telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 1 daripada 3 wanita di dunia pernah mengalami keganasan fizikal mahupun seksual sepanjang hidup mereka.1 Ini merupakan antara pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku ke atas wanita yang paling meluas namun yang paling kurang dilaporkan.

Pada tahun 2014 contohnya, kajian yang telah dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA), Universiti Sains Malaysia mendapati bahawa 5%

wanita pernah mengalami keganasan secara fizikal manakala 7.8% pernah mengalami keganasan emosi dan 1.7% pernah mengalami keganasan seksual (n=2640).2 Dalam kajian yang sama, terdapat 5% iaitu 9 dari 100 orang wanita mengalami keganasan rumah tangga oleh pasangan sendiri.

Saban tahun juga jumlah mangsa keganasan rumah tangga kian meningkat. Menurut statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), sehingga Jun tahun 2019 sebanyak 3,139 kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan. Secara puratanya, 8 atau 9 mangsa keganasan rumah tangga dilaporkan setiap hari. Negeri Selangor merupakan negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 91 kes (27%) diikuti dengan Pahang sebanyak 56 kes (16%) dan kemudian Kedah sebanyak 34 kes (10%).

More To Explore

Scroll to Top