Diskrimasi Gender Dalam Amalan Pekerjaan di Kalangan Penjawat Awam di Negeri Selangor​​

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Diskrimasi Gender Dalam Amalan Pekerjaan di Kalangan Penjawat Awam di Negeri Selangor​

  • Berdasarkan Indeks Jurang Global Gender Gender (Forum Ekonomi Dunia, 2018), Malaysia menduduki tempat ke-101/144 dengan skor2 0.676. Ini adalah sedikit peningkatan bagi Malaysia berbanding kedudukan pada tahun 2017 apabila Malaysia menduduki tangga ke- 104/144 dengan skor yang lebih rendah iaitu 0.670.

  • Walaupun Malaysia menerima skor tertinggi dalam pencapaian pendidikan pada 0.99 namun dalam laporan yang sama Malaysia mendapat skor yang rendah iaitu 0.256 dalam penyertaan wanita sebagai penggubal undang-undang, pegawai kanan dan pengurus. Dalam erti kata lain, hanya satu daripada empat pegawai kanan di Malaysia adalah wanita.

  • Sebagai sebuah negara yang sedang membangun seiring dengan perkembangan industri di Malaysia serta keterlibatan wanita dalam pasaran kerja, diskriminasi berasaskan gender masih jua berlaku.

  • Diskriminasi bererti melayan seseorang dengan tidak adil atas dasar diri mereka ataupun kerana mereka mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Berdasarkan Equality Act 2010 di United Kingdom, terdapat sembilan ciri-ciri yang dilindungi daripada diskriminasi dan antaranya termasuklah gender.

  • Merujuk kepada Perkara 1 Konvensyen 1980, “terma ‘diskriminasi terhadap’ wanita hendaklah bermakna apa-apa perbezaan, pengecualian atau sekatan yang dibuat berasaskan seks yang mempunyai kesan atau tujuan melemahkan pengiktirafan, penikmatan atau penguatkuasaan oleh wanita, tanpa mengira status perkahwinan mereka, atas dasar sama rata lelaki atau wanita, hak asasi manusia dan kebebasab diri dalam politik, ekonomi, sosial, budaya atau apa-apa bidang kehidupan yang lain.”3

  • Menurut Akta Pekerjaan 1955 pula, tidak boleh berlaku diskriminasi dalam pekerjaan sama ada dari sudut pengambilan pekerja, kenaikan pangkat mahupun peluang pembangunan kendiri hanya kerana perbezaan gender. Namun di peringkat praktikal perkara ini sering berlaku.

  • Secara statistik, Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita (LFPR) di Malaysia adalah sebanyak 53%4 manakala di Selangor pula sebanyak 69.6%.5 Ini menunjukkan bahawa keterlibatan wanita dalam dunia pekerjaan semakin meningkat.

  • Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti diskriminasi gender di setiap peringkat amalan pekerjaan di Negeri Selangor melalui empat komponen iaitu pengambilan pekerja, kenaikan pangkat, pembangunan kendiri, dan gangguan seksual.

More To Explore

Scroll to Top