Kenyataan Media Ucapan Belanjawan Selangor Tahun 2021

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor menyambut baik Ucapan Belanjawan Tahun 2021 yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor sebentar tadi dengan Tema “MELAKAR REALITI BAHARU: MEMPERKASA EKONOMI BERMARUAH PAKSI KECEKALAN RAKYAT”.

Sebagai sebuah institusi badan pemikir yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk merangka dasar dan strategi demi pemberdayaan dan kemajuan wanita di Negeri Selangor, Belanjawan Selangor Tahun 2021 ini dilihat sebagai belanjawan yang inklusif dengan lonjakan paradigma dalam memartabatkan wanita di Selangor. Dengan lima (5) strategi utama yang inklusif dan mampan, pembentangan belanjawan kali ini menyaksikan Kerajaan Negeri Selangor sebagai sebuah kerajaan yang peka, responsif dan amat prihatin terhadap keperluan wanita.

Beberapa peruntukan dan pengumuman penting mengenai wanita telah dilaksanakan di bawah Strategi Kedua: Selangor Sentosa, Ummah Sejahtera:

  • Penubuhan Majlis Wanita Selangor (ManiS) sebagai sebuah platform yang menghimpunkan agensi-agensi pembangunan wanita dan badan-badan bukan kerajaan untuk mengkaji dan dan merangka dasar pemberdayaan wanita dari pelbagai aspek meliputi ekonomi, sosial, politik dan budaya.
  • RM 71.3 juta secara keseluruhan bagi meneruskan agenda memperkasa wanita dan keluarga.
  • RM 1.8 juta bagi Projek Pengarusperdanaan Gender Peringkat Negeri Selangor dengan pelaksanaan oleh Institut Wanita Berdaya Selangor (IWB) bagi tujuan golongan wanita dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembangunan  serta pembuatan keputusan.
  • RM 3.0 juta kepada Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor bagi melaksanakan aktiviti pembangunan ekonomi yang akan dibangunkan sebagai Hab Wanita Berdaya Selangor dan platform Ekosistem Ekonomi Digital khusus untuk wanita berpendapatan rendah dan ibu tunggal melaksanakan aktiviti pembangunan ekonomi.
  • RM 200 ribu bagi Program ‘Work From Home yang akan memberi latihan kepada wanita untuk menghasilkan produk dan hasil kraf dengan piawai pemasaran komersial seperti hasil Produk Tanjung Suri bagi tahun 2020
  • RM 300 ribu bagi Ekspo Hasil Suri Selangor (HaSSel) 2.0 untuk wanita Selangor yang terdiri daripada golongan suri rumah daripada keluarga B40, Ibu-ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan para peserta Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor mengetengahkan produk mereka.
  • RM 2.0 juta inisiatif Bantuan Pengusaha dan Guru-Guru Tadika yang terjejas operasinya akibat Pandemik Covid-19.
  • RM 62.0 juta bagi Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) di mana kuota sebanyak 5,000 orang penerima disediakan khusus untuk dimanfaatkan oleh golongan ibu tunggal dari seluruh negeri Selangor dan dinamakan sebagai KISS IT – Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal.
  • RM3.25 Juta bagi Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) dan program serta pemberdayaan meliputi  empat inisiatif seperti Bantuan Anak Istimewa Selangor (AnIS), Didik AnIS, Cikgu AnIS dan Kelas AnIS.
  • RM 300 ribu bagi menambahbaik dan memperluaskan program Sukarelawan : Jiran Baik, Jiran Yang Peduli kepada golongan warga emas, wanita dan kanak-kanak
  • RM 1.0 juta bagi Program Food Bank Kanak-Kanak yang  bertujuan mengelakkan kekurangan dan ketidakseimbangan nutrisi di kalangan kanak-kanak daripada golongan kanak-kanak di bawah enam (6) tahun di kalangan keluarga berpendapatan rendah B40

Terdapat beberapa inisiatif lain di bawah Strategi Ketiga: Memacu Penciptaan Nilai Dan Pembangunan Modal Insan dan Strategi Keempat: Memperkasa Kemampanan Alam Sekitar, Sumber Dan Rantaian Bekalan Makanan yang dilihat secara tidak langsung memberi manfaat kepada golongan wanita:

  • RM 15.0 juta bagi HIJRAH untuk memperkenalkan dua inisiatif khas bagi menghasilkan usahawan yang berkualiti dan berdaya saing serta mencipta nilai atau value creation di dalam kemajuan ekonomi iaitu Niaga Darul Ehsan (NaDi) bagi pinjaman serendah RM1,000 sehingga RM3,000 tanpa perlu mempunyai premis tetap serta Skim Pinjaman Zero To Hero bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan dengan pengecualian dokumen seperti lesen niaga dan sijil SSM.
  • RM 6.08 juta bagi memperkukuh serta menambahbaik pelaksanaan program-program keusahawanan menerusi Klinik Usahawan Selangor, Program Promosi Usahawan, Program Dana Usahawan Mikro Selangor, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan serta Program Pembinaan Usahawan India.

Pihak IWB berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan akan turut sama berganding bahu bagi memastikan rakyat di Selangor mencapai kesaksamaan gender dan keadilan sosial.

 

SITI KAMARIAH AHMAD SUBKI

Ketua Pegawai Eksekutif

Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor

siti.kamariah@iwbselangor.com.my

More To Explore

Scroll to Top