Majlis Pelancaran Akademi Kepimpinan Wanita

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Majlis Pelancaran Akademi Kepimpinan Wanita anjuran bersama Pejabat Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor, Pusat Wanita Berdaya dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin Shari dengan ucapan beliau tentang kepentingan kepimpinan wanita di pelbagai peringkat terutamanya di negeri Selangor. Beliau yakin program ini mampu memperbanyakkan pemimpin berkualiti untuk memenuhi kepimpinan di Selangor khususnya. YB Dr. Mariah Mahmud selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor merangkap Pengetua Akademi juga menekankan kepentingan golongan wanita menerajui kepimpinan kerana memiliki ‘world view’ dan pengalaman hidup yang pastinya berbeza dari golongan lelaki, kelebihan yang membantu golongan wanita untuk lebih peka dengan keperluan rakyat khususnya wanita. Majlis juga menyaksikan penyerahan Watikah Pelantikan kepada tenaga pengajar yang dibarisi oleh mereka yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Barisan tenaga pengajar yang hadir menerima watikah pelantikan adalah Puan Hajah Mastura Muhamad, Puan Siti Kamariah Binti Ahmad Subki, Puan Muna Izzah Binti Fadzil, Puan Fadhlina Binti Sidek, Dr. Mazlan Ali, Dr. Sharifah Syahirah Syed Syeikh dan Puan Fahda Ahmad Kamar. Majlis disempurnakan dengan ikrar pelajar untuk sentiasa komited dengan Akademi ini dan menjalankan tugasan dengan baik dan bersedia untuk memimpin di masa akan datang.

More To Explore

Scroll to Top