Majlis Pelancaran dan Penyerahan Watikah Lantikan bagi Pengarusperdanaan Gender (GM) Negeri Selangor telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam pada 10 Mac 2020.
Pengarusperdanaan Gender (GM) Negeri Selangor ini merupakan Projek Rintis selama 3 tahun dan akan melibatkan Exco -Exco Perintis, Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri.
Majlis ini telah melakarkan sejarah apabila Kerajaan Negeri Selangor menjadi negeri pertama yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dengan melantik Pegawai Titik Tumpuan Gender (GFP) dan Pegawai Kumpulan Tumpuan Gender (GFT) bagi melaksanakan Pengarusperdanaan Gender di pentadbiran negeri.
Terima kasih atas komitmen yang diberikan dan Selamat Hari Wanita Sedunia!
#SeimbangUntukSejahtera
#GMSelangor
#Each4Equal
#IWBSelangor