Majlis Pelancaran Kempen #DengarSuaraKami

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Kerajaan Negeri menyambut baik kempen #DengarSuaraKami bagi memberi kesedaran kepada wanita untuk bangkit dan mempertahankan hak asasi manusia. Majlis Pelancaran Kempen #DengarSuaraKami Peringkat Negeri Selangor dirasmikan EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita & Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

 

Pelekat (Sticker) yang dilancarkan sempena kempen #DengarlahSuaraKami mempunyai maklumat lengkap yang diperlukan mangsa keganasan untuk mendapatkan bantuan khidmat kaunseling, maklumat undang-undang dan rumah perlindungan.

 

Katanya, teori kognitif sosial diketengahkan iaitu mangsa perlu dilengkapi dengan maklumat secukupnya seterusnya mendorong mereka bertindak mendapatkan bantuan.

 

“Organisasi dan NGO yang berkaitan juga sudah dihubungi dan bersetuju talian mereka dimasukkan sebagai maklumat pada ‘sticker’ yang diedarkan.

 

“Justeru, kerjasama dan keprihatinan pemilik bangunan dan premis sangat diharapkan untuk menempatkan ‘sticker’ ini, di lokasi strategik awam yang ada di premis masing-masing seperti tandas wanita, lif dan papan kenyataan,” katanya.

 

Dr Daroyah yang juga Ahli Dewan Negeri Sementa berkata, kempen berkenaan menyasarkan supaya lebih ramai mangsa tampil mendapatkan bantuan yang disediakan secara percuma.

 

Pengerusi Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor, Dr Daroyah Alwi berkata, melalui pelekat itu, mangsa keganasan dapat keluar daripada kitaran keganasan dengan bantuan daripada organisasi, mahupun Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menawarkan

More To Explore

Scroll to Top