Majlis Wanita Selangor (Manis) Polisi Terbaik Jangka Panjang Menjamin Golongan Wanita

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Penubuhan Majlis Wanita Selangor (Manis) tahun hadapan mampu menghasilkan polisi terbaik jangka panjang menjamin golongan wanita.

Ketua pegawai eksekutif Institut Wanita Berdaya (IWB) berkata melalui penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi, platform itu akan mendapat input berkesan hasil idea dilontarkan semua pihak.

“Mereka boleh bersuara dan memberi pandangan masing-masing. Pendapat mereka akan dikaji untuk dijadikan dasar.

“Oleh itu kita mengalu-alukan penyertaan mana-mana NGO dan agensi. Matlamat kita mahu memberdayakan wanita dalam semua aspek,” kata Siti Kamariah Ahmad Subki ketika dihubungi hari ini.

Melalui Belanjawan Selangor 2021, Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan penubuhan Manis bagi memperteguh agenda martabat wanita negeri ini.

Dato’ Menteri Besar berkata Manis akan merangka dasar pemberdayaan wanita meliputi ekonomi, sosial, politik dan budaya.

More To Explore

Scroll to Top