Masyarakat mula terima pendidikan seksual diajar dari awal

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Masyarakat semakin terbuka menerima pendidikan seksual diajar dari sekolah rendah berbanding 10 tahun dahulu.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor berkata berdasarkan kaji selidik isu pembuangan bayi dijalankan di media sosial, seramai 95 daripada 112 respondan menyarankan anak-anak perlu diberi pendedahan mengikut silibus sesuai.

“Ini mengejutkan namun merupakan perkara positif. Sebelum ini ramai ibu bapa tidak mahu pendidikan serta kempen seksual didedahkan kepada anak-anak mereka.

“Faktor masalah sosial mungkin menyebabkan mereka terbuka selain yakin guru serta pakar mampu mendidik dan memberi lebih kefahaman,” kata Siti Kamariah Ahmad Subki kepada SelangorKini baru-baru ini.

Menurutnya hasil kaji selidik yang dibuat dari 10 hingga 14 September itu, tindakan segera juga perlu dilakukan susulan orang ramai mahu ibu bayi bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan mereka membuang bayi.

“110 respondan iaitu 98.2 peratus meletakkan tanggungjawab dan menyalahkan ibu bayi berkenaan sedangkan kebanyakan mereka membuang bayi berusia bawah umur.

“Jadi apakah yang mereka faham dengan tanggungjawab? Sebab itu kita mahu penyelesaian dibuat supaya mereka tidak disalahkan sepenuhnya,” katanya.

Sumber: Selangorkini

More To Explore

Scroll to Top