Menerima Kunjungan Delegasi Exco Wanita 4 Buah Negeri

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Dengan satu tujuan mengangkat martabat wanita dalam negara, Institut Wanita Berdaya Selangor hari ini menerima kunjungan delegasi daripada empat buah Kerajaan Negeri iaitu Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Johor melalui Exco Hal Ehwal Wanita masing-masing.

 

Banyak perkara yang dikongsi dan dibincangkan bersama banyak mata terutamanya berkenaan Dasar Wanita Selangor, institut dan program dalam lawatan kerja yang berlangsung lebih 2 jam ini yang diadakan di Bilik Seminar Institut Darul Ehsan, Seksyen 15 Shah Alam.

 

Selain kehadiran Yang Berhormat Exco sendiri, pegawai-pegawai kerajaan dan pegawai agensi-agensi berkaitan dari negeri masing-masing turut hadir bersama bagi mengupas dan memperincikan usaha-usaha kearah tujuan yang satu.

 

Terima kasih diucapkan kepada YB Exco Wong May Ing (Perak); YB Exco Liow Cai Tung (Johor); YB Exco Ginie Lim (Melaka) dan YB Exco Nicole Tan (Negeri Sembilan) bersama delegasi masing-masing atas lawatan bermakna ini. Tidak lupa kepada Pengerusi IWB Selangor sendiri, YB Dr Daroyah Alwi yang turut menyampaikan pembentangan. Semoga hubungan kerja ini akan terus dipererat demi memberdaya wanita, memaju negara.

More To Explore

Scroll to Top