Insitut Wanita Berdaya telah di tubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk merangka polisi dan strategi yang membawa kepada pemberdayaan dan kemajuaan demi merealisasikan Negeri Selangor yang inklusif, lestari dan adil.
Antara matlamat utama IWB di tubuhkan untuk meningkatkan status sosio-ekonomi wanita di Selangor dan mempercepatkan keupayaan wanita dalam kepimpinan dan pembuatan keputusan. Institut Wanita Berdaya juga merupakan landasan bagi memenuhi keperluan wanita Selangor secara inklusif termasuk mengkaji dan merangka dasar institusi keluarga dan kanak-kanak.