NUKILAN PENASIHAT

YB Zuraidah Kamaruddin

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan dokumen Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan yang merupakan rujukan dan halatuju pembangunan wanita di negeri Selangor untuk tempoh 2017-2020.

Dasar dirangka berdasarkan kepada prinsip keadilan dan hak gender dan akan memberi fokus kepada lima bidang utama iaitu: Pengarusperdanaan Gender dalam Pembangunan, Ekonomi dan Kehidupan, Perwakilan dan Kepimpinan, Keselamatan dan Kesejahteraan, Kreativiti dan Inovasi.

Pelbagai kaedah kajian digunakan bagi penyediaan Dasar, dan ini terdiri daripada penyelidikan premer dan sekunder, kaji selidik, perbincangan kumpulan fokus dan temu bual mendalam dengan responden utama. Komunikasi e-mel juga digunakan bagi melibatkan wanita dalam pertubuhan bukan kerajaan(NGO).

Dasar terdiri daripada tujuh matlamat dengan senarai langkah-langkah dan tindakan berserta indikator yang ditetapkan, bagi memastikan pelaksaan program dan aktiviti bertetapan dengan sasaran. Kajian semula Dasar akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan perubahan-perubahan yang berlaku sepanjang tempoh pelaksanaan Dasar ini di ambil kira.

Bagi memastikan kejayaan Dasar ini, penglibatan dan kerjasama yang rapat dan berterusan semua pihak amat diperlukan. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang  kepada penyediaan Dasar ini dan semoga peroleh kejayaan.

Scroll to Top