Pembentangan Hasil Penyelidikan dan Perbincangan Meja Bulat RTD Series Bil 2 2019

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

27 September 2019 | Jumaat Tadi telah berlangsung sesi Pembentangan Hasil Penyelidikan dan Perbincangan Meja Bulat anjuran Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor. IWB bersama dengan Penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membentangkan hasil penyelidikan bertajuk “Kajian Gender Dalam Amalan Pekerjaan di Kalangan Penjawat Awam di Negeri Selangor”. Hasil kajian mendapati masih berlaku diskriminasi dalam ruang sektor pekerjaan di Negeri Selangor. Terima kasih diucapkan kepada semua pemegang taruh yang hadir terutamanya dari agensi kerajaan negeri dan daerah, badan pemikir (think tank), NGO serta individu untuk sama-sama memberikan input serta terlibat bersama dalam perbincangan yang konstruktif. Melalui perbincangan meja bulat ini IWB akan memberikan cadangan polisi kepada Kerajaan Negeri Selangor.

More To Explore

Scroll to Top