Perbincangan Meja Bulat Berkenaan Isu Pembuangan Bayi Di Selangor

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor dengan kerjasama Pengerusi Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, YB Dr Siti Mariah Mahmud telah mengadakan satu perbincangan meja bulat berkenaan isu pembuangan bayi di Selangor bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Perbincangan Meja Bulat ini diadakan bagi mengimbangi peranan dan tanggungjawab institusi kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO), masyarakat serta inidividu bagi memastikan kesejahteraan wanita yang mengalami kehamilan yang tidak dikehendaki sekaligus mengurangkan masalah pembuangan bayi khususnya di Selangor. Di samping untuk mendapatkan maklum balas bagi dari pemegang taruh berkenaan isu pembuangan bayi yang kian meruncing di Selangor.

Perbincangan ini turut disertai oleh Ahli Parlimen Segambut YB Hannah Yeoh, Ahli Dewan Negeri Permatang YB Rozana Zainal Abidin.

Turut membuat pembentangan adalah wakil (D11) Inspektor Puan Norhairolfazidah Bahagian Siasatan Seksual, Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Selangor. Selain Aktivis Kanak-kanak, Saudara Syed Azmi, Pengerusi Bayt al Rahmah merangkap peguam Syariah Puan Fahdlina Siddiq dan Puan Sunarni Mastury, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kanak-kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat dari Jabatan Kebajikan Negeri Selangor.

Hasil perbincangan bersama pemegang taruh adalah untuk mencadangkan penyelesaian khususnya kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor dan amnya Kerajaan Malaysia.

More To Explore

Scroll to Top