Program Jaringan Harapan Wanita Berdaya Bersama 100 Komuniti Wanita India di Tanjung Karang

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Program Jaringan Harapan Wanita Berdaya (JHWB) telah berjaya menghimpunkan lebih dari 100 komuniti wanita India dilaksanakan di Dewan Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang buat julung kalinya pada Ahad 23 Ogos anjuran Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dun Permatang.

Program yang dikendalikan dalam bahasa Tamil selama 4 jam itu menerapkan ilmu seperti pengurusan rumah tangga, pengurusan kewangan. Selain menyentuh tentang kesihatan seperti hak-hak reproduksi wanita dan berkongsi tentang undang-undang gangguan seksual, keganasan rumah tangga dan perlindungan kanak-kanak.

Turut hadir sama adalah Ahli Dewan Negeri Permatang, YB Rozana Zainal Abidin yang merasmikan program serta Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Puan Norfaizah.

Program Jaringan Harapan Wanita Berdaya (JHWB) merupakan program rintis Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor yang mensasarkan Wanita Felda, Komuniti India dan Orang Asal Wanita bagi membantu meningkatkan martabat dan memperkasakan mereka khususnya di kawasan luar bandar negeri Selangor. Program ini dapat membantu untuk meningkatkan kesedaran sivik dan pendidikan yang spesifik bagi memecahkan kitaran kemiskinan keluarga dan membentuk mereka sebagai wanita-wanita yang lebih berilmu, berpengetahuan dan berkeyakinan.

Program ini turut diserikan dengan pemberian jalur gemilang serta nyanyian Lagu Merdeka bersama YB Puan Rozana dan para peserta bagi menyemarakkan rasa patriotik pada bulan kemerdekaan. Di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang telah ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka serta penjarakkan sosial menjadi keutamaan.

More To Explore

Scroll to Top