[VIDEO] Wanita di dalam Sains dan Teknologi + Covid 19 = Apakah Formula Terbaik?

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor telah mengadakan forum bertajuk “Wanita di dalam Sains dan Teknologi + Covid 19 = Apakah Formula Terbaik?” pada 11 Februari 2021 bersempena Hari Wanita dan Kanak-kanak Perempuan Di dalam Dunia Sains yang disambut seluruh dunia hari ini.

Forum ini dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor, Puan Siti Kamariah. Disamping barisan panelis yang hebat dan berpengalaman seperti YB Dr Siti Mariah Mahmud, Dr Amani Salim , dan Dr Fairoza Amira yang dimudahcara oleh Prof Madya Dr Sharifah Sakinah (UTEM) telah membincangkan isu mengenai peranan wanita dalam sains bagi mendepani pandemik COVID19.

Forum yang dilaksanakan secara maya ini adalah bertujuan memberi peluang untuk berkongsi pendapat selain memberi pendedahan tentang implikasi pandemik COVID19 terhadap wanita dalam sains dan teknologi. Selain, mengintegrasi dan merungkai isu ketidakserataan gender dalam pembangunan kerjaya sains dan teknologi dalam meningkatkan sosio-ekonomi kendiri wanita.
“Put female ahead, you put society ahead” Dr Amani Salim.

More To Explore

Scroll to Top