WANITA DAN COVID-19: BUKAN SEKADAR ISU KESIHATAN

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

WANITA DAN COVID-19: BUKAN SEKADAR ISU KESIHATAN

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini telah menular kepada lebih daripada 200 buah negara dan wilayah atau territories yang terlibat. 780,508 kes telah dicatat dengan 36,800 bilangan kematian telah dilaporkan sehingga 31 Mac 2020.1 COVID-19 merupakan ancaman global yang tidak pernah berlaku dan menimbulkan cabaran yang besar terhadap sistem tadbir urus negara dan masyarakat. Amalan dan tindakan yang responsif gender adalah penting untuk memastikan bahawa krisis ini tidak memberi kesan signifikan yang lebih kepada wanita berbanding lelaki.

Memetik kata Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), “Respon yang perlu dilaksanakan ketika Pandemik COVID-19 mestilah sensitif dan responsif terhadap gender. Bukan hanya wanita dan kanak-kanak yang merupakan golongan terkesan yang perlu diberi perhatian lebih dalam

hal kesihatan, tetapi 70 peratus barisan petugas kesihatan yang menjaga mereka yang terjejas turut terdiri daripada golongan wanita. Oleh demikian, WHO komited untuk mengguna pakai lensa gender untuk menilai secara berterusan dan menambah baik usaha yang dilaksanakan oleh kami.”

Perubahan mendadak berlaku dalam kehidupan seharian kita ketika pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)2 mula dilaksanakan. Ia memberikan kesan yang berbeza terhadap golongan wanita dan lelaki. Dengan secara tiba- tiba, seluruh ahli keluarga berada bersama sepenuh masa dalam ruangan yang kecil (atau besar), di bawah tekanan ekonomi yang semakin mendesak serta perubahan pendidikan anak-anak yang beralih kepada platform alam maya.

More To Explore

Scroll to Top